Tindakan MSN mengenakan syarat itu bagaimanapun tidak sukar ditafsirkan kerana tidak mahu pengarah kejurulatihan itu menjadi mangsa ‘politik’ di kalangan pemain dan jurulatih tempatan seperti yang berlaku ke atas jurulatih beregu berpengalaman Rexy Mainaky sebelum ini.
Syarat itu juga bagi mengelakkan isu membabitkan jurulatih dari England, Peter Butler yang dipecat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) atas alasan pelik hingga mendapat perhatian seluruh dunia dan menjejaskan imej negara tidak berulang.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong, berkata pihaknya yang turut membayar separuh daripada gaji pengarah kejurulatihan itu juga mahu BAM memberi penerangan sejelas-jelasnya mengenai tugas dan tanggungjawab serta meletakkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang perlu dicapainya.
“Saya tidak mempunyai masalah dengan cadangan BAM tetapi apa yang penting badan induk itu perlu memberi sokongan, kuasa penuh dan ‘perlindungan’ sewajarnya kepada pemegang jawatan terbabit untuk menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan.
“Kita tidak mahu pengarah kejurulatihan yang dilantik itu nanti berhenti atau dipecat setengah jalan kerana pelbagai masalah yang timbul ciptaan pemain dan jurulatih tempatan seperti yang berlaku ke atas beberapa jurulatih luar sebelum ini,” kata Zolkples semalam.
Ditanya apakah tiada calon tempatan yang layak untuk mengisi jawatan itu, Zolkples mengakui berdasarkan pemerhatian dan rujukan dengan beberapa bekas pemain, dia tidak nampak calon tempatan yang layak.
“Jika ada pun Datuk James Selvaraj tetapi komitmennya terbatas kerana masih berkhidmat dengan Bata. Jadi, saya rasa calon yang dicadangkan BAM itu berkemampuan dan berwibawa menjalankan tugas kerana memiliki banyak pengalaman sebagai pemain dan jurulatih,” katanya.
Sebelum ini, Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berbincang dengan Zolkples mengenai cadangan itu dan satu-satunya nama yang dikaitkan bagi mengisi jawatan berkenaan adalah bekas pakar beregu Korea Selatan, Park Joo-bong yang kini membimbing Jepun.
Joo-bong pernah menjadi ketua jurulatih skuad negara pada 2000-2003.

No comments:
Post a Comment