Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) merancang menerapkan kaedah psikoterapi kepada setiap atlit bagi membantu memperkuatkan mental terutama ketika saingan di garisan penamat.
Presidennya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, satu unit yang menggunakan kaedah itu perlu diwujudkan supaya setiap atlit mempunyai kekuatan mental mencukupi bagi bertarung psikologi dengan pesaing lain.“Lima peratus (kelebihan) di garisan penamat itu adalah mustahak,” katanya. “Kalau membabitkan hal lain seperti fizikal, latihan ataupun peralatan, kesemua atlit sudah mempunyainya tetapi kita mahu mereka dalam masa sama memiliki kekuatan mental.”
Zainal yang mengambil alih tampuk tertinggi KOM dari Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, buat masa sekarang, kaedah itu tidak digunakan kepada atlit olahraga.
“Strategi mental itu penting, kita perlu mulakan dari sekarang bagi mempersiapkan atlit dengan mental yang kuat.”
“Tengok saja Lee Chong Wei dan Lin Dan, mereka bertarung psikologi serta masing-masing perlu mempunyai mental yang kuat. Sesiapa yang tidak ada kekuatan itu, maka akan mudah kalah.”
No comments:
Post a Comment