KEMENTERIAN Belia dan Sukan mengenal pasti 11 jenis sukan untuk disenarai di bawah program pembangunan Olimpik ‘Road to Rio 2016, kata Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Difahamkan 11 sukan itu ialah acara yang pernah menyaksikan penyertaan atlet negara pada temasya Olimpik lalu iaitu akuatik, angkat berat, berbasikal, badminton, gimnastik, hoki lelaki, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga dan sukan layar.
"Tiga sukan akan dicadangkan untuk disenarai ialah golf, ekuestrian dan tinju. Pelbagai aspek diambil kira sebelum senaraikan, antaranya kos biaya sukan itu sama ada berpotensi bersaing peringkat Olimpik," katanya.
"Sebuah jawatankuasa kecil akan dibentuk untuk kenal pasti atlet layak disenarai dalam program itu yang bukan hanya bagi tempoh empat tahun sebaliknya menjangkau lapan tahun di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran (Jawatankuasa Pemandu Persediaan Atlet ke Olimpik Rio 2016).
Di bawah program ‘Road to London’, RM20 juta diperuntukkan dan kita peroleh satu pingat perak menerusi Datuk Lee Chong Wei menerusi badminton perseorangan lelaki dan satu gangsa melalui Pandelela Rinong Pamg menerusi acara terjun 10m platform.
Wednesday, 31 October 2012
Tuesday, 23 October 2012
Chong Wei muncul juara
Perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei meraikan hari jadinya yang ke-30, semalam dengan merangkul kejuaraan Terbuka Denmark 2012 Siri Super Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Dia yang juga pilihan utama kejohanan itu bagaimanapun terpaksa bertarung dalam tiga set sebelum menumpaskan pilihan ketujuh dari China, Du Pengyu 15-21, 21-12, 21-19 dalam masa 72 minit pada perlawanan akhir di Odense Sports Park, Odense, Denmark. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121022/su_09/Chong-Wei-berhempas-pulas-sebelum-muncul-juara#ixzz2A89PB7Ds
© Utusan Melayu (M) Bhd
Karier Zulfahmi Khairuddin
Karier Zulfahmi Khairuddin dalam perlumbaan MotoGP semakin cerah apabila pasukan Red Bull KTM Ajo telah menawarkan secara rasmi kepada pelumba negara berusia 21 tahun itu untuk bersama pasukan tersebut pada tahun 2013.
Berita yang cukup menggembirakan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali yang berkata, Zulfahmi bakal menjadi pengganti kepada juara dunia Moto3 musim ini, Sandro Cortese yang memilih berada dalam kategori Moto2 pada tahun depan.
Jika menjadi kenyataan, Zulfahmi yang sekarang berlumba bersama AirAsia-SIC-Ajo akan bergandingan bersama rakan sepasukan baru, Luis Salom yang kini berada di tempat kedua keseluruhan.
"Pasukan Red Bull KTM telah menyatakan minat mendapatkan Zulfahmi Khairuddin pada musim depan semasa perlumbaan di GP Jepun baru-baru ini.
"Sekarang segala perbincangan tengah berjalan dan seandainya tiada sebarang halangan, dia bakal bergandingan dengan seorang lagi pelumba baru, Luis Salom yang telah diumumkan bersama mereka bagi kategori Moto3 musim depan.
"Bagi saya, ini membuktikan ada pihak telah mengiktiraf kebolehan Zulfahmi dengan segala pencapaian yang dia telah lakukan pada musim ini dan kita memang mengharapkan agar dia mampu melangkah lebih jauh lagi pada masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Zulfahmi yang cemerlang menduduki tempat kedua pada perlumbaan GP Malaysia 2012 sekali gus menjadi pelumba tempatan pertama menjejak kaki ke podium berada di tempat ketujuh keseluruhan dengan 112 mata.
Menyentuh mengenai pengganti Zulfahmi di dalam pasukan AirAsia-SIC-Ajo, Razlan memberitahu pelumba Red Bull Rookies, Hafiq Azmi menjadi pilihan namun pihaknya tidak akan terburu-buru membawa pelumba itu menyertai MotoGP dalam masa terdekat.
"Hafiq masih muda iaitu berumur 15 tahun dan bagi memastikan dia mempunyai persediaan yang mantap, kami berbincang untuk satu persediaan kejohanan di Eropah.
"Dia (Hafiq) mungkin akan menyertai MotoGP musim depan dengan tiket wildcard terlebih dahulu dan kami akan sentiasa memantau perkembangannya, jika dia bersedia, baru dia akan didaftarkan pada perlumbaan MotoGP," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121023/su_01/Dilamar-Red-Bull-KTM#ixzz2A88mLogc
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, 15 October 2012
Climbathon
KUNDASANG - Sabah akan menimbang untuk memperkenal laluan baharu yang menggabungkan laluan ke puncak gunung dan laluan pengembaraan bagi acara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu pada masa akan datang.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ellron Alfred Angin, yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur, berkata perkara itu akan dibangkitkan pada mesyuarat bedah siasat tidak lama lagi.
"Saya rasa ia idea yang baik. Tujuan menggunakan laluan pengembaraan ialah untuk memberi peluang kepada peserta menghayati persekitaran di Gunung Kinabalu, di samping memberi peluang kepada pelari tempatan menyertai perlumbaan ini.
"Bagaimanapun, kami akan lihat jumlah peserta yang mahu laluan ke puncak gunung digunakan semula. Mungkin, kami akan beri peluang kepada peserta memilih laluan perlumbaan yang mereka suka," katanya ketika ditemuai pada garisan penamat Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu di sini, hari ini.
Selama 25 tahun, laluan Climbathon meliputi laluan ke puncak sejauh 4,095 meter, sebelum ia ditamatkan tahun lepas untuk memberi jalan kepada penggunaan laluan pengembaraan, yang merentasi Layang-Layang Hut pada ketingian 2,760 meter sebagai tempat paling tinggi, dengan ditambah jarak dua kilometer lagi sebagai laluan perlumbaan.
Beberapa pelari menyuarakan perasan tidak puas hati tentang penggunaan laluan baharu dan meminta penganjur menggunakan kembali laluan lama, termasuk laluan ke puncak gunung.
Juara bertahan Kilian Jornet Burgada dari Sepanyol, yang mencatat masa 2'11:42s untuk mengekalkan gelaran juara dengan mengatasi pelari Nepal Aite Tamang (2'15:10s) dan pelari Jepun Miyahara Toru (2'15:13s), berkata laluan baharu terlalu teknikal dan tidak begitu mencabar.
Pelari Sweden Emelie Forsberg yang pertama kali menyertai perlumbaan ini dan muncul juara bagi kategori terbuka wanita dengan catatan masa 2'38:34s pula melahirkan kekagumannya tentang keindahan pemandangan dari puncak gunung berkenaan.
"Laluan ini pun tak mengapa. Tapi, lebih elok jika ia menuju ke puncak seperti sebelum ini," katanya yang membuat tinjauan di laluan lama semalam.
Pemenang tempat ketiga dan kali kedua menyertai perlumbaan ini, Nuria Picas Albets dari Sepanyol, berkata dia juga tidak seronok menggunakan laluan baharu.
Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori lelaki dan wanita masing-masing menerima hadiah RM8,000, RM6,000 dan RM5,000.
Sementara itu, pelari Malaysia Danny Kuilin Gongot, juara tahun lepas, menduduki tempat ketujuh dengan catatan masa 3'17:03s.- Bernama
Kes Safee Sali sudah dijangka
KUANTAN - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah konflik yang dihadapi penyerang negara, Safee Sali memang sudah dijangka.
Baginda mendakwa Safee sendiri sudah mengetahui bahawa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dikatakan menganjurkan Liga Super Indonesia (ISL) secara haram.
Titahnya, FAM sebelum ini telah menasihati Safee untuk menghadapi sebarang kemungkinan sebelum penyerang itu bersetuju menyarung jersi kelab Pelita Jaya.
"Bagaimanapun, FAM tidak pernah menyekat pemain negara beraksi di luar negara kerana keputusan sendiri pemain.
"Apa yang penting, pemain yang ingin berhijrah itu harus berwaspada apabila menandatangani kontrak dengan kelab luar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Hoki dan pelancaran Projek Gemilang Hoki Pahang 2012-2017 di sini, hari ini.
Tengku Abdullah bagaimanapun bertitah keputusan terbaru bahawa Safee boleh beraksi bersama skuad kebangsaan adalah berita menggembirakan buat skuad kendalian K. Rajagobal.
Semalam, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan Safee tidak digantung dan pemain Pelita Jaya itu boleh beraksi bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan persahabatan di Hong Kong, Selasa ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan Safee digantung daripada beraksi dalam mana-mana pertandingan termasuk menyertai latihan skuad negara selepas kelabnya bersama 31 kelab di Indonesia digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Pergantungan FIFA itu dibuat selepas berlaku konflik antara PSSI dan Komiti Penyelamat Sepak Bola Indonesia (KPSI) berkaitan status sebenar ISL dan Liga Perdana Indonesia (IPL) sebagai liga sah. - Bernama

Pelajar UiTM kini pelopor sukan rakit arus deras
Pertarungan untuk bergelar jaguh rakit arus deras ini menerusi edisi kedua UiTM Jati Descent Challenge 2012 yang berlangsung pada 28 hingga 30 September lalu.
Hujan beberapa hari sebelum perlumbaan menyaksikan aras air dan arus sungai yang lebih tinggi dan bergolak serta menanti jeram-jeram yang kelihatan menyeramkan.
Namun, bagi siswa-siswi UiTM, cabaran ini amat dinanti-nantikan mereka terutama yang telah merasai pengalamannya pada edisi sulung tahun lalu.
Kejayaan siswa-siswi UiTM pada edisi lalu menyaksikan ada antara mereka terpilih mewakili pasukan rakit arus deras negara beraksi dalam siri perlumbaan Persekutuan Rakit Antarabangsa (IRF) di Acheh, Indonesia.
Cabaran kali ini jelas menunjukkan peningkatan ketara daripada pelbagai aspek termasuklah teknik serta kemahiran berakit yang dipamerkan siswa-siswi UiTM.
Bakat dan keberanian siswa-siswi UiTM dalam sukan berakit (inflatable raft) ini semakin menambat hati Presiden Persatuan Rakit Arus Deras Malaysia, Razali Mohamad Saad.
Menurutnya, siswa-siswi UiTM akan dijadikan asas pembentukan atlet khusus dalam sukan ini tanpa perlu bergantung lagi kepada atle t daripada sukan mendayung bagi mewakili negara.
Kehadiran Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM, Professor Datuk Dr Abdullah Mohamad Said sebagai pelepas pada saingan ujian masa menggambarkan betapa UiTM menyedari bahawa biarpun sukan ini berisiko tinggi, namun terlalu banyak kelebihan dari aspek sains sukan serta rohani dan jasmani yang boleh diperolehi semua pihak menerusi penganjurannya.
Edisi kedua UiTM Jati Descent Challenge tahun ini semakin mencabar menerusi format baru kerana setiap pasukan perlu bersaing pada cabaran ujian masa sebelum melayakan diri ke perlumbaan akhir.
Cabaran dengan laluan 2.4 kilometer merentasi 10 buah jeram dengan jeram paling mencabar di klasifikasikan pada tahap 4 iaitu di elbow fall dan kiss drop yang dikatakan agak berbahaya.
Namun, berbekalkan prosedur keselamatan yang begitu dititikberatkan oleh penganjur Kolej Kediaman Jati bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Majlis Pengetua-pengetua Kolej UiTM dan dengan nasihat konsultan acara iaitu Rapidfire dan Tree Top Walk, edisi kedua berjalan dengan lancar.
Paling membanggakan apabila acara ini buat kali kedua turut mendapat sokongan dan liputan TV3 yang turut bersama di sepanjang acara.
Pada akhir perlumbaan menyaksikan pasukan tuan rumah Kolej Jati muncul juara bagi kategori lelaki sekaligus merangkul trofi dan hadiah tunai RM1,000.
Manakala bagi kategori wanita kejutan berlaku apabila pasukan pilihan Kolej Non-Resident tewas kepada Kolej Delima.
Wednesday, 10 October 2012
MSN tetap syarat bagi elak jurulatih import yang dilantik BAM jadi mangsa mainan ‘politik’ pemain
Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju dengan cadangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk melantik seorang pengarah kejurulatihan dari luar negara tetapi dengan syarat perlu memberi ‘perlindungan’ dan kuasa penuh kepada pemegang jawatan terbabit.
Tindakan MSN mengenakan syarat itu bagaimanapun tidak sukar ditafsirkan kerana tidak mahu pengarah kejurulatihan itu menjadi mangsa ‘politik’ di kalangan pemain dan jurulatih tempatan seperti yang berlaku ke atas jurulatih beregu berpengalaman Rexy Mainaky sebelum ini.
Syarat itu juga bagi mengelakkan isu membabitkan jurulatih dari England, Peter Butler yang dipecat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) atas alasan pelik hingga mendapat perhatian seluruh dunia dan menjejaskan imej negara tidak berulang.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong, berkata pihaknya yang turut membayar separuh daripada gaji pengarah kejurulatihan itu juga mahu BAM memberi penerangan sejelas-jelasnya mengenai tugas dan tanggungjawab serta meletakkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang perlu dicapainya.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan cadangan BAM tetapi apa yang penting badan induk itu perlu memberi sokongan, kuasa penuh dan ‘perlindungan’ sewajarnya kepada pemegang jawatan terbabit untuk menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan.
“Kita tidak mahu pengarah kejurulatihan yang dilantik itu nanti berhenti atau dipecat setengah jalan kerana pelbagai masalah yang timbul ciptaan pemain dan jurulatih tempatan seperti yang berlaku ke atas beberapa jurulatih luar sebelum ini,” kata Zolkples semalam.
Ditanya apakah tiada calon tempatan yang layak untuk mengisi jawatan itu, Zolkples mengakui berdasarkan pemerhatian dan rujukan dengan beberapa bekas pemain, dia tidak nampak calon tempatan yang layak.
“Jika ada pun Datuk James Selvaraj tetapi komitmennya terbatas kerana masih berkhidmat dengan Bata. Jadi, saya rasa calon yang dicadangkan BAM itu berkemampuan dan berwibawa menjalankan tugas kerana memiliki banyak pengalaman sebagai pemain dan jurulatih,” katanya.
Sebelum ini, Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berbincang dengan Zolkples mengenai cadangan itu dan satu-satunya nama yang dikaitkan bagi mengisi jawatan berkenaan adalah bekas pakar beregu Korea Selatan, Park Joo-bong yang kini membimbing Jepun.
Joo-bong pernah menjadi ketua jurulatih skuad negara pada 2000-2003.

Friday, 5 October 2012
YAKEB simpati nasib 'badang negara'
Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB) akan membantu bekas atlit angkat berat negara, Aricco Jumith yang kini menanggung derita menghidap penyakit kulit kronik Psoriasis yang memaksanya meletak titik noktah dalam kariernya sebagai atlit pada usia muda, 21 tahun.
Kaedah psikoterapi kepada setiap atlit syor KOM
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) merancang menerapkan kaedah psikoterapi kepada setiap atlit bagi membantu memperkuatkan mental terutama ketika saingan di garisan penamat.
Presidennya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, satu unit yang menggunakan kaedah itu perlu diwujudkan supaya setiap atlit mempunyai kekuatan mental mencukupi bagi bertarung psikologi dengan pesaing lain.“Lima peratus (kelebihan) di garisan penamat itu adalah mustahak,” katanya. “Kalau membabitkan hal lain seperti fizikal, latihan ataupun peralatan, kesemua atlit sudah mempunyainya tetapi kita mahu mereka dalam masa sama memiliki kekuatan mental.”
Zainal yang mengambil alih tampuk tertinggi KOM dari Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, buat masa sekarang, kaedah itu tidak digunakan kepada atlit olahraga.
“Strategi mental itu penting, kita perlu mulakan dari sekarang bagi mempersiapkan atlit dengan mental yang kuat.”
“Tengok saja Lee Chong Wei dan Lin Dan, mereka bertarung psikologi serta masing-masing perlu mempunyai mental yang kuat. Sesiapa yang tidak ada kekuatan itu, maka akan mudah kalah.”
Tuesday, 2 October 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)