KEMENTERIAN Belia dan Sukan mengenal pasti 11 jenis sukan untuk disenarai di bawah program pembangunan Olimpik ‘Road to Rio 2016, kata Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Difahamkan 11 sukan itu ialah acara yang pernah menyaksikan penyertaan atlet negara pada temasya Olimpik lalu iaitu akuatik, angkat berat, berbasikal, badminton, gimnastik, hoki lelaki, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga dan sukan layar.
"Tiga sukan akan dicadangkan untuk disenarai ialah golf, ekuestrian dan tinju. Pelbagai aspek diambil kira sebelum senaraikan, antaranya kos biaya sukan itu sama ada berpotensi bersaing peringkat Olimpik," katanya.
"Sebuah jawatankuasa kecil akan dibentuk untuk kenal pasti atlet layak disenarai dalam program itu yang bukan hanya bagi tempoh empat tahun sebaliknya menjangkau lapan tahun di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran (Jawatankuasa Pemandu Persediaan Atlet ke Olimpik Rio 2016).
Di bawah program ‘Road to London’, RM20 juta diperuntukkan dan kita peroleh satu pingat perak menerusi Datuk Lee Chong Wei menerusi badminton perseorangan lelaki dan satu gangsa melalui Pandelela Rinong Pamg menerusi acara terjun 10m platform.
No comments:
Post a Comment