Sunday, 24 March 2013

Kerap hilang fokus


Kerap hilang fokus sehingga mudah dibolosi pada minit akhir perlawanan harus diatasi jika Harimau Malaya mahu memastikan tiga mata penuh apabila menentang Yemen dalam Kelayakan Piala Asia di Stadium Shah Alam, malam ini.
Lantaran itu, pengendali skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal mahu pemain membuang 'penyakit hilang fokus' seperti mana dalam dua perlawanan terakhir untuk memastikan kemenangan menjadi milik Harimau Malaya.
Pada perlawanan sulung Kelayakan Piala Asia menentang Qatar di padang lawan, kesilapan K. Reuben membuka ruang kepada pemain lawan menjaringkan gol pada minit akhir ketika kita kalah 0-2.
'Sindrom hilang fokus' berterusan Ahad lalu di Stadium Shah Alam apabila gawang negara dibolosi dua gol pada penghujung perlawanan ketika kalah 1-4 kepada Arab Saudi dalam aksi persahabatan.
"Saya akui pemain kerap hilang fokus terutama pada lewat perlawanan.
"Perkara ini sudah saya tegas berulang kali kepada pemain supaya tidak buat kesilapan sama.
"Mereka perlu mengekalkan konsentrasi sehingga perlawanan berakhir, tidak boleh hilang tumpuan walaupun ketika menguasai permainan," katanya pada sidang akhbar menjelang perlawanan Malaysia dan Yemen.
Menentang pasukan pada ranking ke-170 dunia, Rajagobal tidak mempunyai pilihan lain selain meraih tiga mata.
"Kami mahukan tiga mata, kita akan guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk meraih keputusan yang baik, " katanya.
Rajagobal dijangka menyandarkan harapan kepada Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Amri Yahyah di bahagian serangan bagi mengatasi masalah kebuntuan jaringan di samping berkemungkinan menggandingkan Safiq Rahim serta K. Gurusamy untuk mengemudi jentera tengah.
Sekembalinya Wan Zack Haikal Wan Noor daripada masalah kecederaan pasti memberikan lebih banyak pilihan kepada Rajagobal untuk mengisi sayap kanan dan bahagian kiri bakal ditampung Ashari Samsudin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130322/su_01/Buang-sindrom-hilang-fokus#ixzz2OTXRThDZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 25 February 2013

Portal Rakan Mukmin


ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN YANG DIMULIAKAN ALLAH.
Saya ingin menjemput anda untuk menyertai satu portal baru yang dilancarkan iaitu Portal Rakan Mukmin sebagai satu usaha untuk mengimarah dan menyemarakkan muamalah Islam. Portal ini merupakan satu portal komuniti dan kerjaya dalam muamalah Islam. Portal Rakan Mukmin (Portal RM) merupakan satu usaha kerdil sekumpulan Muslim Mukmin untuk mengimarah dan menyemarakkan industri muamalat dengan matlamat ke arah memartabatkan Sistem Muamalat Islam. Secara ringkasnya, Portal RM ini merangkumi dua platform utama iaitu:
              (1) Portal Komuniti
Portal RM merupakan satu portal komuniti untuk mereka yang berminat dalam bidang muamalat Islam, untuk bersama-sama berbincang, berkongsi pendapat dan pandangan bagi menyemarakkan bidang muamalat ini seterusnya dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian mengikut sepertimana yang dituntut ke atas seseorang Muslim Mukmin.
              (2) Portal Kerjaya
Portal RM ini juga menyediakan satu platform ‘peluang kerjaya’ dalam bidang muamalat yang mana mereka yang berdaftar sebagai ahli, yang dikenali sebagai ‘Rakan Mukmin’, berpeluang menjana pendapatan dengan mempromosikan khidmat muamalat yang disediakan melalui portal ini.
Keahlian Rakan Mukmin
Untuk mendapat manfaat terbaik daripada portal ini, para tetamu dan pelawat adalah dijemput untuk mendaftar sebagai “Rakan Mukmin”. Syarat Umur Penyertaan: 17 tahun ke atas.
Pendaftaran adalah PERCUMA !. Mulakan langkah pertama ANDA ! Banyak keistimewaan sebagai Rakan Mukmin !
                                Daftar Percuma Sekarang!

http://rakanmukmin.com/42