Saturday, 29 December 2012

TMJ: 'Keputusan semalam bukan jawapan'

KEGAGALAN pasukan Johor Darul Takzim yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang menjuarai kejohanan jemputan empat penjuru Piala Tunku Mahkota Johor semalam tidak menggambarkan kemampuan sebenar pasukan itu.
   
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), kejohanan itu lebih merupakan aksi pemanas badan pra-musim bagi menghadapi Liga Super pada musim depan.
   
"Ini adalah pramusim, kami memasukkan beberapa pemain dan menguji formasi baru. Semalam bukan jawapan. Jawapan lebih memberi gambaran dan ia akan bermula pada 8 Januari 2013 dan sepanjang musim," katanya hari ini.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pasukan Johor Darul Takzim dan Johor serta jersi pasukan masing-masing di Plaza Angsana, di sini.

Dalam perlawanan akhir kejohanan empat penjuru itu semalam, pasukan Johor Darul Takzim yang dibarisi pemain seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan bekas pemain kebangsaan Sepanyol, Daniel Guiza, tewas 1-2 kepada pasukan Johor.
   
Pasukan Johor di bawah kendalian jurulatih Azmi Mohamed akan beraksi pada Liga Premier musim depan, manakala Johor Darul Takzim yang dilatih Fandi Ahmad pula bakal bersaing di dalam Liga Super.
   
Pasukan Johor Darul Takzim turut dibarisi pemain kebangsaan termasuk Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, Azmi Muslim serta bekas pemain kelab Lazio, Simone Del Nero.
   
Menurut Tunku Ismail, kejohanan empat penjuru yang turut disertai Pahang dan kelab Singapura, Woodlands Wellington, lebih merupakan aksi pemanas badan dan bertujuan menghiburkan penyokong Harimau Selatan itu.
   
"Kita kena faham bahawa walaupun pasukan kita mempunyai nama-nama besar, tetapi kita tidak semestinya kena memang 6-0 pada semua perlawanan. Di dalam bola sepak, adakala kita menang dan adakala kita kalah," katanya.
   
Bagaimanapun, beliau amat gembira Johor kini mempunyai dua pasukan kuat di dalam saingan Liga Super dan Liga Premier.
   
Pada majlis yang turut dihadiri pengerusi UDA Holdings Berhad Datuk Nur Jazlan Mohamed itu, beberapa syarikat tampil sebagai penaja kepada kedua-dua pasukan negeri Johor itu.
 
Antaranya, Johor Corporations, Benalec Holdings, Iskandar Waterfront Holdings, Dijaya Corp, Berjaya Group, Mutiara Motors dan Grand Paragon. - Bernama

Monday, 10 December 2012

Safee Sali sertai Johor


PENYERANG kebangsaan, Safee Sali berkata, keputusannya menyertai skuad Liga Super Johor pada musim depan adalah untuk 'menyelamatkan' kariernya dalam arena bola sepak.
Safee berkata, kesungguhan yang ditunjukkan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mendapatkan khidmatnya, juga mendorong beliau memilih menyarung jersi pasukan 'Harimau Selatan' itu.
"Dalam keadaan sekarang, saya pilih menyertai Johor untuk menyelamatkan karier saya. Saya nampak usaha Johor untuk cuba membuat perubahan dalam arena bola sepak negara... saya terima dan hormati cara mereka.
"Saya dapat rasakan Johor akan memberi impak yang amat positif dalam saingan liga musim depan," katanya ketika ditemui di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, hari ini.
Safee kini berada di Wisma FAM bersama skuad kebangsaan dalam persediaan menghadapi perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 menentang Thailand di sini, Ahad dan di Bangkok pada 13 Disember.
Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan bahawa pemain kelab Arema Indonesia itu telah menandatangani perjanjian kontrak  dengan disaksikan Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Wisma FAM.
Kontrak Safee selama setahun bersama Johor adalah berasaskan pinjaman.
Selain Johor, Safee yang bersyukur kerana disenaraikan dalam skuad Liga Super Johor, berkata beberapa pasukan lain turut serius mendapatkan khidmatnya sejak awal tahun ini.
Safee berkata dengan dibarisi beberapa pemain kebangsaan, skuad Johor akan muncul sebagai pesaing hebat dalam memburu kejuaraan pada saingan Liga Super musim depan.
Selain Safee, pemain lain yang bakal beraksi bersama Johor termasuk ketua pasukan kebangsaan, Safiq Rahim serta pasangan kembar Mohamad Aidil Zafuan dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak dan seorang lagi penyerang negara Norshahrul Idlan Talaha.
Safee berkata, beliau akan menyertai latihan bersama pasukan Johor selepas berakhir Piala AFF Suzuki.
 -Bernama

Saturday, 1 December 2012

Restoran Tandas di Taiwan

modern toilet restaurant 001 Restoran Tandas di Taiwan


Restoran ni berkonsepkan “tandas” kat Taipei, Taiwan. Kalau pegi kat sini, korang tak akan duduk atas kerusi, tapi duduk atas mangkuk tandas… Hurm, makanan kat situ pun macam t**k..hu
Sanggup ke korang Makan
modern toilet restaurant 003 Restoran Tandas di Taiwan
modern toilet restaurant 008 Restoran Tandas di Taiwan
modern toilet restaurant 006 Restoran Tandas di Taiwan
Mungkinkah mereka akan kelak mengadakan pertandingan makan di dalam tandas.......eh eh eh eh !