Definisi kelenturan
Menurut Safrit dan Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi; pergerakan dari fleksi ke ekstensi atau pergerakan ekstensi ke fleksi. Manakala Johnson dan Nelson (1986), pula menyatakan kebolehan anggota dan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian ‘artikulasi’ dan penyambung otot.
Sejarah
Pengukuran kelenturan telah bermula secara rasminya padata tahun 1941. Cureton memperkenalkan bateri ujian berorentasikan ‘Practical Performance’. Pada tahun yang sama juga, ujian kelenturan untuk pergelangan kaki diperkenalkan. Pada tahun 1942, Jack Leighton memperkenalkan ‘flexometer’ untuk mengukur pelbagai pergerakan sendi. Pada tahun 1952, Katherine Wells dan Evelyn Dillion telah memperkenalkan ‘Sit and Reach Test’.
Pada tahun 1966, B.L. Johnson telah mengubah suai ujian Wells & Dillon daripada segi skor bacaan. Mereka juga telah memperkenalkan ujian kelenturan untuk 4 sukan dan tarian. Pada tahun 1972, B.L. Johnson telah memperkenalkan alat ‘flexomeasure’. Pada tahun 1975, Myers mengubah suai ‘Sit and Reach Test’ dan menerbitkan ke dalam YMCA. Pada tahun 1976, Goodin ; Pollock telah memperkenalkan ‘Trunk Flexion Test’ ke dalam YMCA.