JUARA AFILIATE

SOON

Wednesday, 21 November 2012

Eksperiman terakhir Rajagobal gagal

sumber:MOHD FAHMI ISMAIL
21 November 2012
Harimau Malaya
EKSPERIMEN terakhir Datuk K Rajagobal menguji barisan ‘kesayangan’ beliau terus gagal apabila Harimau Malaya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Bangladesh pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Biarpun Khyril Muhymeen Zambri meletakkan skuad Harimau Malaya di depan hasil tand ukan pada minit ke-23, namun kealpaan benteng pertahanan di hukum menerusi sepakan penalti pelawat yang disudahkan Jahid Hasan Ameli minit ke-82.
Penalti dihadiahkan pengadil perlawanan selepas Irwan Fadli Idrus menjatuhkan pemain Bangladesh hasil satu serangan balas.
Malaysia jelas beraksi hambar dan gagal memanfaatkan kelebihan kekurangan seorang pemain Bangladesh yang diarahkan meninggalkan padang.
Kini, tiada lagi medan aksi ujian dan Singapura menjadi lawan sebenar menjelang saingan pembuka tirai Piala AFF Suzuki Kumpulan B bermula pada Ahad ini.
Posted by Unknown at 03:26 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 8 November 2012

Kalah 2 kali, Rajagobal tidak rasa tertekan


MESKIPUN mengalami dua kekalahan dalam perlawanan persahabatan berturut-turut, jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal enggan menganggap itu sebagai satu tekanan.
Ketua jurulatih negara Datuk K.Rajagobal

Sebaliknya, beliau memandang positif dan melihat kegagalan itu sebagai 'wake up call' buat pasukannya.

"Untuk apa saya tertekan, peluang masih ada untuk setiap pasukan.

"Memang tidak dinafikan, Thailand dan  Vietnam jauh berbeza berbanding dua tahun yang lalu.

"Namun, itu memberi kelebihan kepada kita untuk lebih bersedia sekiranya bertemu mereka di suku akhir nanti," katanya ketika ditemui di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang ini.

Tambah Rajagobal: "Semua pasukan mempunyai peluang untuk menang, begitu juga dengan kita, tetapi kita perlu segera sedar, kalau tidak susah."

Pada masa sama, ketika ditanya mengenai persepsi penyokong serta pemerhati sukan tahah air yang mempersoalkan kemampuan serta perancangan beliau, Rajagobal sedikit pun tidak terganggu.

Sebaliknya, beliau meletakkan keyakinan terhadap diri sendiri dan pemain.

"Saya tak kisah pandangan orang. Buat apa perlu panik dan risau. Sebagai jurulatih saya tahu resipi ada pada saya dan saya tahu kemampuan pemain-pemain saya.

"Apa-apa pun, saya tetap yakin mereka mampu memberikan yang terbaik bila sampai waktunya," katanya lagi.
Sumber:NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
Sinar Harian.
Posted by Unknown at 08:46 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ahmad Fakri sah wakili kelab divisyen tiga Portugal musim depan

PETALING JAYA - Penyerang pasukan Felda United, Ahmad Fakri Saarani mengesahkan bahawa beliau bakal menandatangani kontrak selama setahun untuk beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico S.C) bermula awal musim depan.
Ahmad Fakri Saarani
   
Bekas pemain Harimau Muda A itu berkata beliau telah mendapat tawaran untuk bermain untuk kelab yang berpangkalan di bandar Evora, Portugal itu pada Ogos lepas namun terpaksa menangguhkan hasratnya kerana terikat dengan kempen Piala Malaysia ketika itu.
   
"Saya turut dipanggil oleh (ketua jurulatih bola sepak kebangsaan) Datuk K. Rajagobal untuk membarisi skuad negara pada Piala AFF Suzuki penghujung bulan ini, jadi saya terpaksa melupakan seketika hasrat untuk pergi lebih awal ke Portugal," katanya pada satu sidang media khas bagi mengumumkan perkara itu, di sini, hari ini.
   
Media sebelum ini melaporkan bahawa pemain kelahiran Kelantan yang berusia 23 tahun ini telah mendapat tawaran untuk bermain bersama salah sebuah kelab divisyen tiga di Portugal.
   
Sebagai rekod, Ahmad Fakri merupakan pemain kedua negara yang beraksi di Portugal selepas bekas pemain Harimau Muda A iaitu Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang kini bermain bersama kelab remaja Beira Mar di negara yang sama.

Ditanya mengenai peluang mengisi kesebelasan utama pasukan Atletico S.C., Ahmad Fakri, yang boleh mampu bermain di posisi serangan dan sayap kanan, berharap beliau mampu mempamerkan persembahan terbaik bagi memikat jurulatih kelab Portugal itu, Paulo Simao.
   
"Saya juga berharap mampu mempromosikan nama Malaysia di pentas bola sepak antarabangsa," katanya yang baru tiba di tanahair selepas membantu skuad kebangsaan mengharungi dua aksi persahabatan di Vietnam dan Thailand.
   
Pada kedua-dua perlawanan yang masing-masing berlangsung pada 3 dan 7 Nov itu, skuad Harimau Malaya tumpas dengan keputusan 0-1 kepada Vietnam dan 0-2 kepada Thailand.
   
Sementara itu, pengurus peribadi Ahmad Fakri, Faisal Zakariah berkata Ahmad Fakri akan bertolak ke Portugal selepas berakhirnya kempen Piala AFF Suzuki, Disember ini.
   
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut hadir berkata badan induk bola sepak kebangsaan itu bangga dengan pengiktirafan yang diberikan oleh pasukan luar negara yang berminat mendapatkan pemain tempatan.

Beliau juga turut tidak menolak kemungkinan bahawa lebih banyak pemain muda berpotensi terutamanya pemain Harimau Muda A bakal mengikuti jejak langkah Muhammad Nazmi dan Ahmad Fakri.
   
Sementara itu, ejen bola sepak Portugal, Marco Guimares, yang terpikat dengan bakat pemain itu semasa kempen Piala Malaysia musim ini, berkata Ahmad Fakri dijangka mengisi slot penyerang dalam kesebelasan utama skuad itu. - Bernama
Posted by Unknown at 08:42 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Ahli Berdaftar RakanMukmin

Ahli Berdaftar RakanMukmin
Suda kah Anda menjadi ahli ?

Today is


Free Blog Calendar

HANTARKAN BERITA ANDA!

Juara mengalu-alukan sebarang aktiviti kesukanan di peringkat jabatan,sekolah,syarikat,kawasan kediaman. Hantarkan berita berserta gambar ke inginmewah@gmail.com. Sumbangan ANDA amat dihargai.

Mesin Jualan Internet

Step2Rich

Super Motivasi

Super Motivasi

Teknik Berenang - Pelajari Asas Berenang Dengan Mudah!

Teknik Berenang - Pelajari Asas Berenang Dengan Mudah!

Bisnes Import Dari China

KECERGASAN

KECERGASAN

Tak Nak ke?

Panas!

Jom Lawat Link

  • Rakan Perwasiatan Dan Muamalat Islam ANDA
  • Agak Aneh
  • Apa Khabar Malaysia
  • Gosip Panas
  • Health and Fitness
  • Jalinan Suami Isteri
  • Jom Gelak
  • Logam-logam Berharga
  • Wang Anda dan Anda

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2013 (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (37)
    • ►  December (3)
    • ▼  November (3)
      • Eksperiman terakhir Rajagobal gagal
      • Kalah 2 kali, Rajagobal tidak rasa tertekan
      • Ahmad Fakri sah wakili kelab divisyen tiga Portuga...
    • ►  October (11)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (6)

Followers

Tak teringin ke nak tambah pendapatan?

Total Pageviews

Picture Window theme. Powered by Blogger.