Monday, 2 April 2012

Bertam Ulu FC bertaring!


PASUKAN Bertam Ulu FC terus membuktikan keunggulan mereka apabila muncul juara Terbuka Lelaki pada Karnival Futsal Harian Metro Zon Tengah di Sports Planet Ampang, semalam.
Kemenangan itu bermakna, Bertam Ulu mengesahkan status mereka selaku ‘raja’ karnival ini selepas pernah muncul juara untuk tiga peringkat zon serta dua Grand Final iaitu pada edisi 2007 serta 2010.

Pada aksi final semalam, pasukan dari Melaka itu menundukkan Court Soccer B 3-0 untuk membawa pulang wang tunai RM6,000 manakala Court Soccer B terpaksa berpuashati sebagai naib juara sekali gus membolot wang bernilai RM3,000.
Tempat ketiga pula menjadi milik Dani A yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.

Pengurus pasukan Bertam Ulu, Sani Abdul Rahman berkata, pasukannya sememangnya meletakkan sasaran untuk muncul juara sekali gus menambah koleksi kemenangan mereka sebelum ini.

ASAK...pemain Bertam Ulu FC (kiri) mengasak pemain Court Soccer B di Sport Planet Ampang, semalam.
pemain Bertam Ulu FC (kiri) mengasak pemain Court Soccer B di Sport Planet Ampang, 
semalam.Link: http://bit.ly/x6wkbc

“Sebagai pengurus memang saya amat berpuas hati dengan aksi mereka kerana mencapai sasaran yang ditetapkan. Tapi apa yang lebih penting ialah kami sudah berjaya menempah tiket ke saingan Grand Final,” katanya.
Jelas Sani, kemenangan semalam juga dapat mengubat kekecewaan mereka musim lalu selepas gagal mempertahankan gelaran juara terkeseluruhan apabila kandas pada saingan awal di Grand Final.

“Tahun lalu kami berdepan beberapa masalah, antaranya ada pemain kami yang bermain untuk pasukan Malaysia. Jadi ketika itu, persiapan kami agak kelam-kabut sedikit.
“Tapi sebaik semua dapat kembali sebagai satu pasukan musim ini, kami akhirnya dapat menemui rentak sebenar dan hari ini (semalam) menjadi juara.

“Untuk saingan Grand Final nanti, kami akan cuba melakukan yang terbaik. Kalau boleh cuba ke saingan final dan memenangi aksi Grand Final buat kali ketiga,” katanya.

Selain Bertam Ulu, Court Soccer B dan Dani A, lima lagi pasukan yang mengesahkan tempat ke Grand Final ialah Royale NR FC B, De Stadium YT B, Pemuda Medan Batu Caves, TMFT dan Glory A.

Thursday, 29 March 2012

Karnival Futsal H/Metro 2012

Karnival Futsal Harian Metro bersama Ambank, bagi Zon Tengah akan diadakan pada hujung minggu ini.Juara terbuka Lelaki akan berpeluang membawa pulang RM6,000 manakala terbuka Wanita sebanyak RM4,500. Formar pertandingan adalah sama sperti sebelum ini. Unbtuk maklumat terkini anda boleh melayari laman facebook atau twitter.

Wednesday, 21 March 2012

Misi serta matlamat FIFA berkaitan Futsal Sedunia

Futsal

Mission FIFA has made a commitment to promote and structure the sport of futsal globally, by means of competitions, courses and other proactive measures, and to encourage its members to do the same.
 
Goals
  • To launch, integrate and establish futsal in FIFA member associations;
  • To communicate the Laws of the Game of futsal and provide the required infrastructure and equipment;
  • To support and promote the setting up of new futsal competitions through the confederations and member associations;
  • To organise courses and seminars and to publish teaching material for futsal players, coaches, referees and officials;
  • To provide technical and organisational help with arranging futsal competitions;
  • To provide technical and organisational help to FIFA member associations;To standardise the Laws. FIFA logo

Thursday, 15 March 2012

Tata Cara Di Bilik Air (Tips Dr. Fadhilah Kamsah)


TATACARA DI BILIK AIR
  1. Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada dapat batu karang
  2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder & senang buang air besar

Tuesday, 6 March 2012

Perangsang bina lebih banyak gelanggang futsal


Kumpulan Perangsang Selangor Bhd akan membina lebih banyak lagi gelanggang futsal di seluruh Selangor bagi menyediakan prasarana riadah dan sukan terutamanya untuk golongan remaja, kata Pengerusinya, Raja Idris Raja Kamaruddin.
Beliau berkata, gelanggang futsal akan dibina syarikat berkaitan kerajaan Selangor itu dengan kerjasama MSNS Holdings Sdn Bhd dengan pembiayaan oleh kerajaan negeri melalui Geran Selangorku yang memperuntukkan RM60 juta untuk aktiviti anak-anak muda tahun ini.
Pada tahun lepas, Kumpulan Perangsang memperuntukkan RM400,000 di bawah peruntukan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) untuk membina lima gelanggang futsal, katanya semasa pada majlis perasmian merasmikan Gelanggang Futsal tajaan kumpulan itu di Komplek Sukan Sukses di Seksyen 6