Monday, 2 April 2012

Bertam Ulu FC bertaring!


PASUKAN Bertam Ulu FC terus membuktikan keunggulan mereka apabila muncul juara Terbuka Lelaki pada Karnival Futsal Harian Metro Zon Tengah di Sports Planet Ampang, semalam.
Kemenangan itu bermakna, Bertam Ulu mengesahkan status mereka selaku ‘raja’ karnival ini selepas pernah muncul juara untuk tiga peringkat zon serta dua Grand Final iaitu pada edisi 2007 serta 2010.

Pada aksi final semalam, pasukan dari Melaka itu menundukkan Court Soccer B 3-0 untuk membawa pulang wang tunai RM6,000 manakala Court Soccer B terpaksa berpuashati sebagai naib juara sekali gus membolot wang bernilai RM3,000.
Tempat ketiga pula menjadi milik Dani A yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.

Pengurus pasukan Bertam Ulu, Sani Abdul Rahman berkata, pasukannya sememangnya meletakkan sasaran untuk muncul juara sekali gus menambah koleksi kemenangan mereka sebelum ini.

ASAK...pemain Bertam Ulu FC (kiri) mengasak pemain Court Soccer B di Sport Planet Ampang, semalam.
pemain Bertam Ulu FC (kiri) mengasak pemain Court Soccer B di Sport Planet Ampang, 
semalam.Link: http://bit.ly/x6wkbc

“Sebagai pengurus memang saya amat berpuas hati dengan aksi mereka kerana mencapai sasaran yang ditetapkan. Tapi apa yang lebih penting ialah kami sudah berjaya menempah tiket ke saingan Grand Final,” katanya.
Jelas Sani, kemenangan semalam juga dapat mengubat kekecewaan mereka musim lalu selepas gagal mempertahankan gelaran juara terkeseluruhan apabila kandas pada saingan awal di Grand Final.

“Tahun lalu kami berdepan beberapa masalah, antaranya ada pemain kami yang bermain untuk pasukan Malaysia. Jadi ketika itu, persiapan kami agak kelam-kabut sedikit.
“Tapi sebaik semua dapat kembali sebagai satu pasukan musim ini, kami akhirnya dapat menemui rentak sebenar dan hari ini (semalam) menjadi juara.

“Untuk saingan Grand Final nanti, kami akan cuba melakukan yang terbaik. Kalau boleh cuba ke saingan final dan memenangi aksi Grand Final buat kali ketiga,” katanya.

Selain Bertam Ulu, Court Soccer B dan Dani A, lima lagi pasukan yang mengesahkan tempat ke Grand Final ialah Royale NR FC B, De Stadium YT B, Pemuda Medan Batu Caves, TMFT dan Glory A.

No comments:

Post a Comment